FAM Ringankan Hukuman Faisal Halim
FAM
Selangor FC
Advertisements

Hukuman yang diberikan kepada pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim telah pun diberikan kelonggaran oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menerusi satu pengumuman oleh FAM, Mohamad Faisal Abdul Halim telah dijatuhkan hukuman penggantungan selama sebulan dari 25 Julai hingga 23 Ogos 2023.

Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bermesyuarat buat kali keenam bagi penggal 2021-2025 di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam untuk memutuskan perkara tersebut.

Advertisements

Hasil perbincangan mendapati bahawa jemaah sebulat suara untuk mengekalkan penggantungan tersebut.

Jawatankuasa bagaimanapun bersetuju untuk memberi kelonggaran membenarkan pemain berusia 25 tahun itu kembali turun menjalani sesi latihan bersama Selangor FC berkuat kuasa serta-merta.

Advertisements

Hal ini bagi memastikan beliau dapat mengekalkan tahap kecergasannya sebagai seorang pemain bola sepak.

Faisal sudah pun terlepas aksi pembukaan Piala Malaysia ketika Selangor mencatatkan kemenangan besar 4-1 menentang PDRM.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram