FAM Tampil Dedahkan Jurulatih Jadi Mangsa Belasahan
Piala FA
Selangor FC
Advertisements

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa badan induk bola sepak itu telah menerima aduan daripada pihak Selangor FC berhubung kejadian yang berlaku ketika aksi separuh akhir Piala FA pada Jun lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan setiausaha agung FAM, Noor Azman Rahman memaklumkan penolong jurulatih Selangor FC, Ramon Marcote telah dipikul.

Ketika dihubungi Harian Metro, Azman menjelaskan aduan yang diterima FAM pada 25 Julai lepas telah dibawa ke jawatankuasa tatatertib untuk siasatan lanjut.

Advertisements

“Kita terima aduan daripada Selangor pada 25 Julai lalu membabitkan penolong jurulatih iaitu Marcote dipukul oleh individu lain.”

“Beri masa jawatankuasa tatatertib untuk melakukan siasatan terperinci sebelum mengumumkan tindakan lanjut, kata Azman kepada Harian Metro.

Menurut sumber, individu yang memukul mangsa itu merupakan individu yang bergiat aktif terlibat dalam arena bola sepak tempatan.

Advertisements

Individu tersebut sebelum ini pernah beraksi sebanyak enam penampilan bersama skuad kebangsaan dan sempat mewakili kelab dari Pantai Timur serta Selatan tanah air.

Difahamkan, Ramon Marcote telah menghantar aduan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk tindakan susulan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram