Fandi Ahmad Cari Formula Terbaik Mahu Sri Pahang Atasi Sabah
MakanBola
Sri Pahang FC
Sponsors

Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad sedang mencari formula terbaik untuk pasukannya bagi mengatasi Sabah dalam aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia.

Fandi Ahmad mengakui Sabah bukan calang-calang lawan untuk Sri Pahang setelah pasukan itu belum tewas dalam 5 perlawanan terakhir mereka.

Ad

Jurulatih itu kemudian menekankan persiapan rapi yang harus Sri Pahang jalani sebelum turun menentang Sabah agar dapat mengatasi Sabah kelak yang kini memiliki prestasi yang cemerlang.

Ad

“Kita harus membuat pressing supaya mereka tidak dapat masuk cepat. Kita harus tutup ruang apabila pemain mereka membawa bola untuk mencipta serangan.

“Sabah memang pasukan yang bagus kerana mereka belum tewas dalam 5 perlawanan terakhir tetapi apa-apapun boleh terjadi.

Ad

“Yang paling penting kita, bukannya mereka. Mereka pastinya akan mempersembahkan permainan yang baik tetapi kita harus meningkatkan kekuatan kita.

Ad

“Kita perlu tingkatkan kerjasama, komunikasi dan mencetak gol. Kadang-kala kita bergelut untuk menjaringkan gol.

Ad

“Yang paling penting kita perlu berdisiplin dan berdedikasi kalau tidak kita akan runtuh.” jelas Fandi Ahmad dalam temu bual ketika sesi latihan Sri Pahang.

Sri Pahang sebelum ini menewaskan Perak 4-3 dalam aksi suku akhir untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia.

Aksi separuh akhir pertama melibatkan Sabah menentang Sri Pahang ini bakal berlangsung di Stadium Likas pada jam 8.15 malam.