Fandi Ahmad: Nilai Komersial Liga-M Bakal Meningkat Naik
Dunia
goal.com
Advertisements

Legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad menyifatkan nilai komersial Liga Malaysia bakal melonjak naik sekali gus akan memberi keistimewaan kepada pasukan itu lebih dinamik dan berdaya saing.

Beliau menjelaskan cara itu sudah lama diterapkan banyak negara kerana mereka lihat maklum balas yang sangat positif dalam bola sepak.

Fandi juga akui ia tidak mudah dilakukan untuk kali pertama, tetapi beliau optimis sudah tiba masa merubah rencana ini untuk menjamin nilai sesebuah liga itu akan terus meningkat.

Advertisements

Untuk pengetahuan semua, ada enam aspek utama yang akan diperbaharui seperti yang dilaporkan oleh MFL.

“Sudah pasti ini yang perlu dibuat dan sudah banyak negara juga telah melakukan perkara sama, dan ini adalah satu nilai komersial yang bagus untuk bola sepak Malaysia.”

“Dengan ada banyak pasukan, permainan juga akan bertambah, dari situ akan lebih ramai yang akan mengikuti baik dari kaca televisyen, siaran langsung dan mungkin dengan ini daripada segi kewangan akan memberi keuntungan kepada pasukan.”

Advertisements

“Jadi, daripada aspek nilai komersial, saya rasa ia memang baik untuk pasukan-pasukan, juga kepada pemain-pemain,” jelasnya kepada MFL.

Fandi Ahmad yang pernah menjulang trofi Piala Malaysia bersama Kuala Lumpur dan Pahang itu kini menyandang jawatan selaku Penasihat Teknikal di Sri Pahang FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram