Ads
Piala Malaysia
Sri Pahang FC

Jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad memuji persembahan penyerang Brazil, Rafael Silva biarpun pasukan itu tersingkir dari Piala Malaysia baru-baru ini.

Advertisements

Walaupun tidak menjaringkan gol dalam aksi suku akhir kedua menentang KL City FC, Silva menjadi duri dalam daging kepada pertahanan The City Boys dengan membentuk gandingan mantap bersama Kpah Sherman.

Advertisements

Disebabkan beliau memberi komitmen 100% di atas padang, Fandi percaya sikap ini mampu membantu Sri Pahang untuk baki aksi Liga Super musim ini.

Advertisements

Advertisements

“Saya tidak pernah ragu kemampuan dia, cuma masa dia join (sertai) kita dia bergelut dengan kecergasan. Ketika lawan KL City pertama kali dia bermain sehingga 60-65 minit, dan dia cukup bagus, dia bagi 100%, mencipta peluang dan komunikasi dia dengan Kpah juga bagus.

“Dia menunjukkan kualitinya yang sebenar cuma saya terpaksa keluarkan dia masa itu kerana dia terlalu bekerja keras dan penat, dengan masalah abdominal yang dia hadapi sebelum ini kita tidak mahu tekan dia.

Advertisements

“Saya harap dia boleh terus menyerlah dalam baki enam perlawanan Liga Super dan membantu kita menamatkan saingan di kedudukan yang baik,” katanya.

Advertisements

Ramai penyokong Tok Gajah mengharapkan Silva akan menemui sentuhan penyudah apabila menentang Kuching City FC dalam aksi Liga Super seterusnya pada 30 September ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram