Fandi Ahmad Terajui Sri Pahang?
Dunia
goal.com
Advertisements

Selepas Crhristophe Gamel semakin hampir meninggalkan Sri Pahang, beberapa nama mula dikaitkan untuk mengendalikan skuad yang digelar Tok Gajah itu.

Terkini, dua pengendali dari Singapura iaitu Fandi Ahmad dan V. Sundramoorthy dikatakan akan mengendalikan pasukan Sri Pahang.

Perkara ini disahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melalui satu ciapan di laman twitter milik beliau. Difahamkan salah seorang daripada mereka menerima tawaran sertai Sri Pahang untuk gantikan Christophe Gamel yang dilepaskan menerusi persetujuan bersama pengurusan Sri Pahang.

Advertisements

Jika Fandi Ahmad merupakan individu yang menerima tawaran tersebut pastinya perkara tersebut menjadi perhatian para peminat bola sepak tanah air selepas Fandi juga pernah membimbing kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) pada tahun 2013.

Manakala nama V. Sundramoorthy juga bukanlah nama yang asing dalam arena bola sepak Malaysia selepas beliau pernah membimbing pasukan Negeri Sembilan pada tahun 2014.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram