Advertising
Faris Ramli Pernah Diamkan Penyokong Di Bukit Jalil
MakanBola
FA Singapore

Pemain kebangsaan Singapura, Faris Ramli tidak akan pernah lupa dengan apa yang berlaku terhadap karier bola sepak beliau pada tahun 2015.

Pada ketika itu, Faris beraksi untuk pasukan Lions XII dan mara ke final Piala FA bertemu Kelantan. 80,000 penonton bersorak untuk Kelantan dan mencemuh pasukan Lions XII. Faris mengakui sorakan yang dasyat menjadikan hampir mustahil untuk mendengar suara rakan sepasukannya di atas padang.

Ad

Pemain berusia 30 tahun itu hanya mampu tersenyum apabila mengenangkan bagaimana dia mendiamkan stadium yang penuh sesak itu selepas beliau membuka jaringan seawal minit ketujuh perlawanan. Lions XII akhirnya berjaya menjulang Piala FA selepas menewaskan Kelantan 3-1.

Ad

“Ini semua tentang fokus, ketenangan dan menikmati waktu ini. Pemain bola sepak perlu beraksi di hadapan penonton yang ramai seperti ini (Stadium Bukit Jalil). Bagi kami, peluang sebegitu jarang berlaku, jadi kami harus menyambutnya dan mengubahnya menjadi aura yang positif,” luah Faris.

Akur kehilangan beberapa tonggak utama untuk kempen Piala AFF kali ini, namun Faris yakin dengan pemain-pemain lain yang ada di dalam skuad Singapura.

Ad

“Ya, kami kehilangan beberapa pemain, tetapi kami mempunyai pemain lain yang bagus dalam skuad dan pemain yang boleh bermain di beberapa posisi, jadi kami akan menyesuaikannya,” jelas Faris lagi kepada TST.

Ad

Untuk rekod, Singapura masih belum tewas dalam kempen Piala AFF kali ini. Mereka hanya perlukan keputusan seri menentang Malaysia pada Selasa ini. Manakala Malaysia wajib menang untuk mara ke pusingan separuh akhir.

Ad