Farizal Marlias: Pemain Boleh Terima Corak Latihan Kim Pan-gon

farizal marlias kim pan gon pc hong kong syafiq freman Farizal Marlias: Pemain Boleh Terima Corak Latihan Kim Pan-gon
Syafiq Freman / MakanBola
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Penjaga gawang skuad kebangsaan dan Johor Darul Ta’zim, Farizal Marlias gembira dengan perkembangan semasa skuad kebangsaan.

Menurutnya, para pemain selesa dengan pendekatan yang dilakukan Kim Pan-gon dengan kepelbagaian corak latihan dan tekanan sesi latihan yang baik buat semua pemain.

Beliau turut tidak menghadapi masalah untuk membiasakan diri dengan corak latihan Kim Pan-gon yang disifatkan sebagai bersistematik dan berinsentisi tinggi.

“..bukannya senang untuk menjadi sweeper di belakang, banyak perkara yang kita perlu belajar, banyak perkara yang kita perlu tahu tetapi bagi saya, saya sudah biasa dengan cara itu di kelab (JDT), jadi untuk datang ke pasukan kebangsaan bukanlah satu masalah besar.

“Saya dah terbiasa dengan keadaan itu dan perkara itu kita harus teruskan kerana apabila berbicara tentang high-tempo, insentisi, dominan, high-pressing jadi penjaga gawang sangat penting untuk mengawal barisan belakang.

“Bagi saya tiada masalah besar.

Ketika ditanya berkenaan situasi semasa kem latihan Harimau Malaya, Farizal kelihatan gembira dan memperlihatkan kem negara kini semakin menunjukkan perkembangan baik.

“Buat masa ini sangat bagus, pemain berikan komitmen yang sangat baik terutamanya di dalam padang, mereka sangat insentisi walaupun aktiviti pendek tapi sangat firm dan kita harus apply dalam perlawanan sebenar. Buat masa ini apa yg dia (Kim Pan-gon) cuba terapkan dalam latihan, pemain boleh terima dan diharap pemain dapat membiasakan diri.” Jelas Farizal semasa sesi sidang media Pra-perlawanan persahabatan, Malaysia menentang Hong Kong di Wisma FAM pada hari ini (Selasa).

Farizal turut sempat berseloroh dengan aktiviti musik K-Pop yang dipasang semasa sesi latihan dan menganggapnya sebagai aktiviti santai yang baik semasa sesi latihan.

Malaysia bakal bertemu Hong Kong pada Rabu ini jam 9.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai persediaan sebelum kempen Kelayakan Piala Asia kelak.