Farizal Marlias Dan Syihan Hazmi Buktikan Mereka Penjaga Gol Terbaik Malaysia
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Nama Farizal Marlias dan Syihan Hazmi bukanlah nama yang asing dalam arena bola sepak negara. Kedua-dua penjaga gol ini telah mendapat kepercayaan jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon bagi menjaga gawang skuad negara dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2023 tempoh hari.

Pastinya pasukan kejurulatihan yang Kim Pan-gon miliki telah melakukan kajian dengan lebih mendalam mengenai kebolehan kedua-dua penjaga gol Harimau Malaya ini. Farizal seperti yang kita ketahui merupakan penjaga gol utama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Selain berpengalaman luas di peringkat antarabangsa, beliau juga telah mempamerkan kualiti selaku penjaga gol dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan saingan Liga Super.

Advertisements

Manakala bagi Syihan pula, ketangkasan beliau dalam menyelamatkan gawang gol Negeri Sembilan FC musim ini sudah terbukti apabila beliau merupakan satu-satunya penjaga gol mempunyai peratusan menyelamat yang melebihi 80%.

Malah statistik juga menunjukkan bahawa Farizal dan Syihan merupakan dua penjaga gol yang mengumpul ‘clean sheets’ tertinggi di dalam saingan Liga Super. Mereka telah mengumpul 5 cleansheet setakat ini. Jadi tidak hairanlah mengapa kedua-dua penjaga gol ini dipanggil ke skuad kebangsaan.

Selain Farizal dan Syihan, dua lagi penjaga gol yang mengumpul ‘clean sheets’ yang tinggi adalah penjaga gol Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat dan penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim yang mana masing-masing mengumpul tiga clean sheets.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram