Farizal Marlias: ‘This Is JDT’, Kita Berjuang Hingga Detik Akhir
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kapten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Farizal bin Marlias menzahirkan rasa syukur dan bangga dengan kejayaan pasukannya melayakkan diri ke pentas separuh akhir Piala FA 2022.

Penjaga gol berusia 36 tahun itu menganggap semangat serta perjuangan rakan sepasukannya menjadi kunci kepada kemenangan mereka keatas Melaka United.

JDT mengesahkan kemenangan pada waktu kecederaan apabila penyerang import mereka, Bergson Da Silva menanduk masuk bola ke gawang lawan pada minit ke-92 permainan. JDT menundukkan Melaka United, 2-1 di Stadium Hang Jebat pada kelmarin. 

Advertisements

“Syukur Alhamdulilah, bukan senang perlawanan malam ini kerana kita tahu pasukan Melaka sangat bermain dengan baik. Tetapi this is JDT, kita fight sampai minit-minit terakhir dan kita berjaya pada malam ini, alhamdulilah.”

Persembahan bertenaga setiap pemain turut menjadi kelebihan kepada kelab dari selatan itu.

Farizal akui pujian perlu diberikan kepada semua pemain yang telah bekerja keras memastikan JDT melakar kemenangan dalam setiap perlawanan. 

Advertisements

“Luar biasa, setiap pemain di JDT tahun ini luar biasa dengan semangat dan mentaliti juara yang mereka letakkan dalam setiap perlawanan, itu kita harus puji pada semua,” kata Farizal selepas tamat perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram