FC Zenit Mula Usik Manja JDT Menjelang Aksi Persahabatan
Dunia
JST & Zenit
Advertisements

Kelab gergasi dari Russia, FC Zenit Saint Petersburg sudah memulakan perang psikologi terhadap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang aksi persahabatan pada Februari kelak. 

Harimau Selatan baru-baru ini telah memaklumkan bahawa mereka akan terbang ke bumi Dubai bagi menghadapi 5 siri persahabatan dan JDT bakal berdepan FC Zenit dalam perlawanan persahabatan pra musim disana.

FC Zenit dalam satu hantaran di Tiktok pada semalam telah memuatnaik satu video yang memaparkan penyanyi terkenal dunia, Snoop Dogg yang memakai jersi JDT dan FC Zenit. Seperti yang diketahui ramai, Snoop Dogg merupakan penyanyi untuk lagu JDT yang berjudul Pioners.

Advertisements

Dalam hantaran tersebut, FC Zenit dilihat seolah-olah sudah tidak sabar untuk berdepan JDT. Video tersebut tular dan mendapat kira-kira 420 ribu tontonan dan mencecah 50 ribu jumlah likes di Tiktok.

“Perlawanan persahabatan bertemu JDT tak lama lagi,” tulis FC Zenit di ruangan caption. 

Skuad kendalian Esteban Solari sudah memulakan latihan pertama pasukan pada 8 Januari lepas dan akan memulakan perlawanan persahabatan pra musim ini pada 25 Januari kelak.

Advertisements

JDT telah dijadualkan bertemu FC Zenit pada 6 Februari dan perlawanan tersebut merupakan pertembungan terakhir JDT untuk kempen pra musim sebelum pulang ke tahah air.

JDT tahun ini dilihat benar-benar serius untuk mengekalkan gelaran status gergasi Liga Malaysia dengan menandatangani nama-nama besar ke pasukan itu. JDT juga bercita-cita besar untuk mencatat satu lagi lembaran sejarah baharu di pentas ACL 2023 kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram