Ads
Fergus Tierney Hanya Perlukan 1 Minit Jaringkan Gol
Asia Tenggara
Chonburi FC

Penyerang muda Malaysia, Fergus Tierney pantas mencipta nama di Thailand apabila menyumbat jaringan pertama buat Chonburi FC.

Advertisements

Sebelum ini, penyerang berusia 21 tahun itu mengejutkan peminat bola sepak negara dengan memilih menyertai pasukan Thai League 2 itu.

Advertisements

Tierney menyertai Derley, Charlie Clough, Jeon San-hae dan Marcus Haber sebagai tonggak import baru The Sharks untuk musim 2024/25.

Advertisements
Advertisements

Meskipun baru saja menyertai pasukan itu pada 26 Julai lalu, penyerang berdarah Scotland itu diberi kepercayaan oleh jurulatih, Pipob On-Mo untuk berada dalam kesebelasan utama menentang Suphanburi.

Tierney bergandingan dengan penyerang muda, Yotsakorn Burapha dengan kapten, Channarong Promsrikaew sebagai pemain tengah menyerang.

Advertisements

Penyerang Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) itu menceriakan kem Chonburi dengan meledakkan jaringan pertamanya seawal minit pertama perlawanan.

Gol Fergus membantu Chonburi meledak tiga lagi gol pada separuh masa kedua. Suksan Bunta, Amadou Ouattara dan Clough masing-masing mencipta nama sebagai penjaring.

Advertisements

Kemenangan 4-0 ini membolehkan The Sharks membuka kempen liga musim 2024/25 dengan tiga mata penuh.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram