Fernando Rodriguez Dikatakan Bakal Tinggalkan JDT, Indonesia Jadi Pilihan
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penyerang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Rodriguez dikhabarkan akan meninggalkan kelab gergasi Malaysia itu dalam masa terdekat ini dan beliau memilih untuk melebarkan sayapnya di Indonesia.

Fernando Rodriguez, 35 tahun dijangka akan menyertai pasukan Persis Solo yang beraksi di Liga 1 Indonesia. Penghijrahan Rodriguez ke Persis Solo ini telah dikongsi dalam satu ciapan twitter dari Persis English.

Untuk musim ini, Fernando Rodriguez telah menyerlah bersama pasukan JDT II yang beraksi di Liga Premier. Beliau merupakan pendahulu penjaring terbanyak Liga Premier dengan sudah meledak 8 gol setakat ini. Beliau berkongsi jumlah jaringan dengan Martin Adamec (PDRM) dan Abu Kamara (Kuching City).

Advertisements

Penghijrahan ke Indonesia ini boleh dikatakan tepat pada waktunya apatah lagi beliau masih lagi mampu beraksi di pentas tertinggi walaupun sudah menjangkau umur 35 tahun. Dengan penghijrahan beliau ke Persis ini, JDT sudah tentu akan menggunakan khidmat penyerang tempatan dalam skuad JDT II.

Melalui tinjauan di laman instagram penyerang Sepanyol ini, beberapa orang pemain JDT sudah mula mengucapkan selamat berjaya kepada beliau. Antaranya Aysar Hadi, Ramadhan Saifullah, Bergson dan Safawi Rasid.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram