Feroz Baharudin Berangkat Ke Sepanyol
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin dilaporkan telah terbang ke Sepanyol.

Tonggak berusia 24 tahun itu merupakan watak penting pada posisi pertahanan Harimau Selatan sejak dua musim kebelakangan ini.

Beliau bagaimanapun ditimba musibah berat selepas disahkan mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL) bersama JDT sekaligus terlepas baki aksi musim ini.

Feroz baru-baru ini memuat naik hantaran yang menunjukkan bahawa beliau dan isterinya bakal berangkat ke Sepanyol.

Beliau dijangka ke sana untuk mendapatkan rawatan berhubung kecederaannya sebelum menjalani proses pemulihan.

Pada musim ini, Feroz telah beraksi sebanyak 17 perlawanan dalam semua kejohanan bersa JDT.

Pemain tinggi lampai ini menjadi pemain kedua yang mengalami kecederaan ACL dalam skuad JDT selepas tonggak pertahanan kanan, Syahmi Safari.

JDT kini sedang berjuang hebat bagi aksi Piala Malaysia, Liga Super dan juga AFC Champions League Elite (ACLE) untuk layak ke pusingan kalah mati.

Skuad Harimau Selatan bakal berdepan Terengganu bagi aksi Liga Super ke-19 pada 25 Januari di Gong Badak.