Advertisement
Feroz Baharudin Ikhlas Bermain Bola Demi Keluarga
Dunia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin berkongsi perjalanan ringkas dalam karier sebagai pemain bola sepak professional ketika sesi ‘Meet & Greet’ di Toppen Shopping Centre baru-baru ini.

Dalam satu video pendek yang dimuat naik salah seorang peminat JDT di Tiktok, Feroz bersama Matt Davies, Safiq Rahim, Afiq Fazail dan Akhyar Rashid menjadi antara pemain yang hadir meluangkan masa bersama peminat di Majlis Pelancaran ‘JDT Fan Token’.

Apa yang sempat dikongsikan Feroz adalah berkaitan niat utamanya di dalam karier. Menurut Feroz, beliau ikhlas bermain bola demi membahagiakan keluarga tercinta.

“Perjalanan menjadi seorang pemain bola sepak professional, menjadi pemain Johor Darul Ta’zim disebabkan niat saya. Niat saya untuk bermain dan berusha hingga ke tahap ini semata untuk menanggung keluarga saya.”

Pemain berusia 23 tahun ini menjelaskan sejak dulu lagi, beliau akan memanfaatkan setiap peluang yang diberikan. Beliau sentiasa berusaha memberikan yang terbaik setiap kali diberi kepercayaan untuk turun beraksi.

“Saya bukan dari kalangan orang yang senang, bukan daripada keluarga yang berada. Jadi sejak sekolah rendah kemudian ke sekolah sukan dan hinggi kini, apabila saya dapat peluang, saya usaha dan bermain sehabis baik.”

“Ia semata-mata untuk saya bantu keluarga saya, saya ingin menyenangkan hidup keluarga. Saya rasa semua orang mampu menuju kejayaan. Apa yang penting ialah niat kerana Allah dan solat lima waktu jangan ditinggalkan, buat umat Islam,” ujar Feroz.

@pipitbiru

Replying to @aku madrid😋☝🏻 mari lah mendengar cerita dari Feroz 🫠

♬ original sound – Pipitbiru – Pipitbiru

Setakat 13 penampilan bersama JDT musim ini, pertahanan kental itu telah menyumbang kepada dua gol dan 1 bantuan jaringan buat skuad Harimau Selatan. Khidmat Feroz ketika menjaga benteng pasukan pastinya akan terus ditagih pengendali JDT, Esteban Solari.

JDT bakal meneruskan aksi Liga Super berdepan pasukan dari Pantai Timur iaitu Kelantan pada esok. Perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV tepat jam 9 malam.