Feroz Baharudin Kembali Beraksi Selepas 12 Bulan
MakanBola
Johor Southern Tigers

Selepas 12 bulan, bek tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin kembali beraksi di atas padang.

Sebelum ini, bek tengah Harimau Malaya itu terpaksa berehat panjang akibat kecederaan ACL yang dialami pada Januari 2025.

Kecederaan itu mengakibatkan Feroz bukan saja terlepas baki kempen musim 2024/25. Malah, bek tengah berusia 25 tahun itu terpaksa melupakan panggilan menyertai Harimau Malaya.

Feroz kemudiannya kembali ke padang latihan pada Oktober 2025. Ramai penyokong berharap ini menjadi permulaan kepada beliau kembali beraksi bersama JDT.

Hasrat penyokong melihat Feroz kembali beraksi menjadi kenyataan pada 9 Januari lalu. Beliau dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-89 ketika aksi liga menentang Negeri Sembilan FC.

Meskipun hanya beraksi selama beberapa minit, Feroz membuktikan dirinya boleh diharap pengendali JDT, Xisco Munoz.

Ramai penyokong teruja melihat beliau kembali beraksi selepas berehat lama. Seorang penyokong bernama Wan Ella berharap Feroz akan tampil lebih cemerlang selepas ini.

“Alhamdulillah syukur. Sudah pulih dan dapat bermain semula. Moga bertambah kuat dan cemerlang,” katanya di ruang komen JDTFC.

Turut senada dengannya ialah seorang lagi penyokong bernama Lanie Saj. “Alhamdulillah, selamat maju jaya bersama JDT,” ujarnya.

Kehadiran semula Feroz dilihat memberi pilihan tambahan kepada Munoz untuk posisi bek tengah selepas ini.