Feroz Baharudin Terima Pelajaran Hebat Daripada Barisan Bintang JDT
Piala Malaysia
JST
Advertisements

Berjaya mencetak jaringan di pentas final sememangnya menjadi idaman semua pemain bola sepak. Dan itu yang terjadi kepada pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin.

Feroz yang dimasukkan pada minit ke-60 untuk menggantikan Shane Lowry telah meledak gol kedua JDT pada minit ke-73 selepas menyambar sepakan sudut untuk memberikan kelebihan buat JDT yang pada ketika itu terikat 1-1.

Bagi Feroz, beliau merasakan prestasi yang dilalui beliau kini banyak dibantu oleh pemain-pemain berpengalaman seperti Aidil Zafuan, Shahrul Saad dan beberapa pemain import JDT yang lain.

Advertisements

“Pemain-pemain senior seperti Aidil Zafuan, Shahrul Saad dan pemain-pemain import lain banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Bila mereka menegur saya ketika latihan, saya buktikan kepada mereka hari ini,” jelas Feroz kepada Astro Arena.

Feroz juga sempat dititipkan nasihat oleh bekas pemain kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hasan supaya berusaha dengan lebih keras untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon.

Dalam aksi final sebentar tadi, JDT terlebih dahulu dihadapan melalui Bergson pada minit ke-7 hasil sepakan penalti sebelum disamakan oleh Ivan Mamut pada minit ke-21 juga melalui sepakan penalti.

Advertisements

Feroz menggembirakan penyokong JDT dengan tandukan berbisanya pada minit ke-73 memberikan gol kedua kepada JDT sebelum Arif Aiman mengesahkan kemenangan JDT dengan gol ketiga pada minit ke-94 sekali gus memberikan kemenangan selesa 3-1 kepada JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram