FIFA Bakal ‘Hukum’ Argentina?
MakanBola
Seleccion Argentina

Argentina berpotensi dikenakan tindakan disiplin oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

BBC Sport melaporkan ini disebabkan tindakan skuad Argentina menunjukkan kain rentang tentang Kepulauan Falklands selepas perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2026 menentang England.

Kain rentang itu membawa mesej “Los Malvinas son Argentinas” yang bermaksud “Kepulauan Falklands milik Argentina”. Isu Falklands dilihat isu sensitif antara Argentina dan Britain termasuk perang yang tercetus pada 1982.

Konflik yang berlangsung dari April hingga Jun tahun tersebut menyaksikan 655 orang tentera Argentina dan 255 tentera Britain terbunuh. Tiga lagi penduduk pulau itu turut terkorban dalam konflik sama.

Jika Argentina dihukum, ini bukan kali pertama mereka dikenakan hukuman. Pada 2014, Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) dikenakan denda AS$20,000 (RM81,450) selepas kain rentang itu ditayangkan sebelum aksi menentang Slovakia.

Mana-mana pasukan di peringkat antarabangsa dilarang menayangkan slogan atau simbol yang berbaur politik kerana melanggar peraturan FIFA. Jika ada pasukan yang berbuat demikian, maka bersedia sajalah dikenakan hukuman oleh FIFA.

Atas sebab itu, jurulatih Argentina, Lionel Scaloni memaklumkan beliau tidak berminat memasukkan elemen politik dalam aksi separuh akhir antara kedua-dua pasukan.

Argentina mara ke final dengan menewaskan England 2-1. Enzo Fernandez dan Lautaro Martinez muncul wira dengan meledakkan gol buat pasukan gergasi Amerika Selatan itu.