Dunia
Advertisements

Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) telah melancarkan satu tabung dana khas untuk membantu pemain bola sepak profesional yang tidak dibayar gaji oleh majikan mereka.

FIFA turut bekerjasama dengan Persekutuan Pemain Profesional Antarabangsa (FIFPro) dalam usaha untuk membantu pemain yang dinafikan hak mereka oleh kelab yang diwakili mereka.

Sebanyak $16 juta telah diperuntukkan melalui tabung dana khas ini yang boleh digunakan sehingga tahun 2022.

Advertisements

Menerusi laporan FIFPro pada 2016, sebanyak 50 buah kelab dari 20 buah negara bakal gulung tikar dan turut akan memberi kesan kepada pembayaran gaji pemain.

Lazimnya ia berlaku kepada kelab-kelab bola sepak yang berpengkalan di Eropah Timur dan juga Asia.

PDRM FA FIFA Bantu Pemain Tak Dibayar Gaji Menerusi Tabung Dana Khas
Pasukan dari Malaysia antara terlibat dan dipotong mata oleh FAM seperti PDRM FA

Bagi Presiden FIFA, Gianni Infantino berkata, mereka jelas komited dalam usaha untuk membantu pemain-pemain yang teraniaya dengan kelab mereka.

Advertisements

“Kami juga telah mencari mereka yang memerlukan, terutamanya mereka dalam komuniti bola sepak dan kita mulakan dengan para pemain yang merupakan kunci kepada permainan ini.”

Tambah Infantino lagi, bantuan yang diberikan menerusi tabung ini akan dinilai oleh pihak FIFA dan juga FIFPro jika ada permohonan dilakukan.

Namun, pihak FIFA tidak akan membayar jumlah sepenuhnya gaji yang tertunggak kepada para pemain.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram