FIFA ‘Iktiraf’ Kebangkitan Malaysia
Harimau Malaya
MakanBola
Azri/MakanBola
Advertisements

Kebangkitan skuad Harimau Malaya ketika menewaskan pasukan Kyrgyzstan pada aksi pertama kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 raih perhatian dunia.

Ini selepas laman rasmi media sosial Piala Dunia (FIFAWorldCup) memuat naik satu hantaran yang memuji persembahan yang ditampilkan Harimau Malaya.

Advertisements

“Malaysia melakukan satu comeback sempurna dalam aksi pembukaan Kelayakan Piala Dunia.”

Hantaran tersebut tular dan mendapat capaian luar biasa di seluruh platform media sosial WorldCup termasuk di laman Facebook dan Instagram. Menerusi tinjauan MakanBola di ruangan komen, rata-rata memuji persembahan memukau Harimau Malaya dan prestasi semasa skuad kebangsaan.

Advertisements

Jaringan Faisal Halim pada babak akhir permainan memastikan malam kebangkitan tercetus di Stadium Nasional Bukit Jalil di hadapan belasan ribu penyokong yang hadir.

Advertisements

Pasukan Kyrgyzstan terpaksa akur dengan kehebatan anak buah kendalian Kim Pan-gon yang meranapkan hasrat mereka apabila merampas kemenangan saat akhir.

Biarpun Kyrgyzstan mendahului 3-1, jaringan Dion Cools, gol sendiri Kyrgyzstan dan ledakan Faisal Halim menjadikan keputusan 4-3 milik Harimau Malaya.

Advertisements

Malaysia bakal mengharungi satu lagi aksi pada bulan ini iaitu berdepan Taiwan pada Selasa, 21 November 2023. Dalam saingan kelayakan Kumpulan D, Malaysia ketika ini di kedudukan kedua berkongsi mata dengan pasukan Oman namun dibezakan dengan kelebihan jaringan.

News Comments Account