Advertisement
FIFA Mahu Hamidin
Dunia
MakanBola
FA Malaysia

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) menunjukkan minat yang mendalam terhadap Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Hamidin yang meneraju tampuk FAM telah pun dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa badan induk tersebut bagi pemilihan ahli jawatankuasa eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) penggal 2023-2027.

Katanya, beliau menyambut baik pencalonan ini sungguhpun masih berada pada peringkat awal.

Malah, ini juga merupakan salah satu usaha terbaik bagi memartabatkan kualiti dan pandangan negara luar terhadap Malaysia. 

“Sungguhpun ia baru pada peringkat pencalonan, namun saya tetap menganggap ia sebagai satu penghormatan.”

“Ini merupakan usaha membawa nama Malaysia khususnya bola sepak di mata dunia.”

Perkara ini juga merupakan sokongan yang diberikan oleh negara Asia yang lain terhadap kepimpinan unggul Hamidin.

“Ini juga merupakan sokongan daripada negara Asia lain, yang menaruh kepercayaan kepada saya.”

Keutamaan individu berusia 56 tahun ini adalah untuk membawa negara ke tahap yang dipandang tinggi oleh seantero dunia.

“Paling yang menjadi keutamaan dan tumpuan buat saya ialah untuk menaikkan lagi bola sepak Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi terutamanya di mata dunia,” katanya kepada Arena Metro.