Ads
Asia
FA Malaysia

Pasukan-pasukan Bawah 17 Tahun (B-17) dari benua Asia terutama Malaysia memiliki peluang lebih besar untuk layak ke Piala Dunia B-17.

Advertisements

Ini kerana Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah meluluskan usul untuk menambah bilangan kuota pasukan yang bertanding dalam kejohanan tersebut.

Advertisements

Mesyuarat Majlis FIFA ini diadakan di Bangkok, Thailand hari ini sebelum Kongres FIFA Ke-74 yang akan diadakan pada 17 Mei ini.

Advertisements

Advertisements

Sebelum ini, benua Asia hanya diwakili oleh empat pasukan terbaik yang layak ke separuh akhir Piala Asia B-17.

Piala Dunia B-17 edisi 2023 menyaksikan penyertaan lima wakil Asia. Selain Indonesia selaku tuan rumah, benua tersebut turut diwakili Jepun, Iran, Uzbekistan dan Korea Selatan.

Advertisements

Dengan usul tersebut diluluskan, sembilan pasukan bakal membawa cabaran Asia untuk Piala Dunia B-17 2025-2029 yang diadakan di Qatar.

Berita ini juga satu berita baik buat pengendali baru skuad Malaysia B-17, Javier Jorda Ribera. Ini kerana beliau akan membawa pasukan itu mengharungi Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 pada bulan hadapan dan pusingan kelayakan Piala Asia B-17 2025 pada Oktober ini.

Advertisements

Pertambahan slot ini dijangka mendorong lebih banyak negara terutama Malaysia untuk memburu slot kelayakan seterusnya menerusi Piala Asia B-17 2025.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram