Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ternanti-nanti aksi antara Laos dan juga Malaysia.
Skuad kendalian Pau Marti bakal berdepan dua ujian bagi aksi persahabatan Tier 1 FIFA menentang pasukan ke-187 dunia, Laos.
Ujian kedua menyaksikan pemain negara akan menentang India pada 18 November dengan kedua-dua perlawanan berlangsung di gelanggang lawan.
Malaysia yang juga juara Pestabola Merdeka 2024 memiliki rekod baik berdepan Laos apabila menang kesemua 5 pertemuan terakhir menentang pasukan itu.
Laman FIFA mencoretkan perjuangan Malaysia setelah hampir sebulan berehat bagi aksi pentas antarabangsa susulan kekalahan 0-4 di tangan pasukan ke-95 dunia, New Zealand.
“Harimau Malaya akan kembali ke gelanggang pada 14 November ini,” tulis FIFA pada satu hantaran.
Skuad negara ketika ini menghuni tangga ke-133 dunia dan merupakan pasukan ke-4 terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand (96), Vietnam (119) dan Indonesia (130).
Malaysia kini telah dipastikan berada pada Balang 2 bagi undian Kelayakan Piala Asia 2027 yang bakal berlangsung pada Disember ini.