Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA ) mengucapkan tahniah kepada Harimau Malaya.
Baru-baru ini, skuad kendalian Pau Marti berjaya menjulang Pestabola Merdeka 2024 selepas menundukkan Lubnan dengan keputusan 1-0.
Kejayaan tersebut sebelum itu disusuli oleh kemenangan ke atas Filipina untuk memastikan rekod bersih sejak dikendalikan oleh jurulatih Sepanyol itu.
Skuad kebangsaan memperoleh tambahan +10.16 mata untuk melonjak dua tangga dan menghuni kedudukan ke-132 dunia.
Laman FIFA merakamkan kejayaan gemilang skuad negara itu untuk menghampiri kelompok 130 dunia dengan 1117 mata.
Harimau Malaya kini menghampiri kedudukan beberapa negara seperti India (126), Indonesia (129) dan juga Nicaragua (131).
FIFA dalam satu hantaran memuji peningkatan Malaysia dalam kalendar FIFA baru-baru ini.
“Harimau Malaya mendaki dua lagi anak tangga untuk ranking FIFA,” ujarnya.
Malaysia akan mengharungi satu lagi aksi persahabatan menentang New Zealand pada bulan Oktober ini sebagai persediaan ke Piala AFF Mitshubishi Electric 2024.