Advertising
Filipina ‘Rantai’ Vietnam, Cabaran Hebat Buat Indonesia
MakanBola
Asean United FC

Aksi saingan ASEAN Championship malam ini menyaksikan Filipina terpaksa akur seri menentang Vietnam di laman sendiri. 

Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik. Filipina mahu mencipta kemenangan pertama manakala Vietnam turun dengan misi layakkan diri lebih awal jika menang. 

Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua pasukan cuba untuk menguasai permainan. 

Ad

Aksi separuh masa pertama tamat tanpa sebarang jaringan, tuan rumah Filipina menguasai permainan dengan 54 peratus sementara Vietnam 46 peratus.

Ad

Pada minit ke-68 permainan, pemain gantian, Jarvey Gayaso membuka jaringan buat Filipina dengan rembatan deras dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol Vietnam, Filip Nguyen.

Ad
Ad

Tiga minit sebelum separuh masa kedua tamat, Vietnam akhirnya menyamakan kedudukan menerusi tandukan pemain tengah, Doan Ngoc Tan. Vietnam bangkit mengikat Filipina pada saat akhir.

Ad

Selepas ini, Filipina akan menentang Indonesia dan Vietnam bertemu Myanmar pada 21 Disember ini.


Kedudukan kumpulan B ketika ini menyaksikan Vietnam berada di tangga pertama dengan 7 mata, Indonesia dan Myanmar berkongai 4 mata disusuli Filipina dan Laos di tangga keempat dan kelima. 

Perlawanan terakhir selepas ini menyaksikan penentuan bagi empat pasukan Filipina, Vietnam, Myanmar dan Indonesia untuk layak ke pusingan seterusnya.