Advertising
Final Piala Dunia Sepak Takraw : Malaysia vs Thailand (Live Streaming)
UltraSukan
UltraSukan
Persatuan Sepak Takraw Malaysia

Kemuncak saingan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 sudah pun tiba dengan aksi final bagi acara berpasukan menyaksikan pertembungan epik di antara Malaysia menentang jaguh dunia, Thailand pada Ahad.

Selepas kejayaan menggondol dua gelaran juara dalam acara beregu dan regu Rabu lalu, Malaysia meneruskan misi meraih satu lagi gelaran juara bagi acara berpasukan pada hari ini.

Skuad sepak takraw negara yang dibimbing Ahmad Jais Baharun memulakan aksi di peringkat kumpulan dengan muncul juara kumpulan C setelah membenam cabaran Brunei dan Jepun.

Ad

Setelah itu, halangan daripada India dan Indonesia berjaya diketepikan untuk meloloskan diri ke peringkat akhir ini dan menempah pertemuan menentang Thailand yang merupakan kuasa besar sepak takraw.

Ad

Bagi Thailand pula, mereka pastinya turun ke gelanggang dengan memasang hasrat untuk membalas dendam di atas kekalahan dalam dua acara sebelum ini dan membawa pulang sekurang-kurangnya satu gelaran juara.

Kesebelasan Utama Malaysia vs Brunei

Akan dikemaskini sejam sebelum perlawanan bermula.

Ad
Ad
View this post on Instagram

A post shared by Persatuan Sepaktakraw Malaysia (@persatuan_sepaktakraw_malaysia)

Ad

Info Siaran Langsung Malaysia vs Brunei

Tarikh: 26 Mei 2024 (Ahad).
Masa: 3.00 petang.
Venue: Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Siaran Langsung: Astro ArenaFacebook Persatuan Sepak Takraw Malaysia dan YouTube We Are Sepak Takraw