Ads
Final Piala FA Istimewa Buat Noor Al-Rawabdeh
Piala FA
Selangor FC

Pemain tengah Selangor FC, Noor Al-Rawabdeh menyifatkan final Piala FA 2024 satu final yang istimewa buat dirinya.

Advertisements

Final Piala FA 2024 menemukan dua pasukan gergasi tanah air iaitu Selangor dan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Advertisements

Final ini cukup istimewa buat Merah Kuning kerana ini penampilan pertama mereka di pentas final Piala FA sejak edisi 2018. Selain itu, ini juga peluang buat Selangor menggondol trofi tersebut buat kali keenam selepas kali terakhir melakukannya pada 2009.

Advertisements
Advertisements

Bagi Noor pula, final ini cukup bermakna kerana ini penampilan final pertamanya sejak mula beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) pada 2023.

Atas sebab itu, pemain berusia 27 tahun itu mahu membantu Merah Kuning mengakhiri penantian trofi domestik pertama mereka sejak tahun 2015.

Advertisements

“Bukan setiap hari anda berpeluang beraksi di final. Ini satu acara yang istimewa dan pengalaman sekali seumur hidup. Kami akan berikan yang terbaik, Insya Allah,” katanya.

Kali terakhir Selangor menggondol gelaran juara kejohanan domestik ialah Piala Malaysia edisi 2015 – penantian yang mahu diakhiri oleh barisan pemain pasukan Lembah Klang itu.

Walau bagaimanapun, Merah Kuning perlu mencari jalan untuk menamatkan rekod kemenangan yang dimiliki JDT ke atas pasukan itu. Ini kerana pada musim 2023 saja, mereka tewas tiga kali kepada Harimau Selatan.

Sekiranya Selangor bergelar juara pada 24 Ogos ini, Noor berpeluang menambah satu lagi trofi dalam karier permainannya. Sebelum ini, beliau pernah merasai nikmat bergelar pemenang Piala AFC bersama Al-Muharraq.

Advertisements

Sejak menyertai Merah Kuning pada 2023, Noor telah merekodkan 37 penampilan, tujuh gol dan empat bantuan gol berdasarkan maklumat terkini Transfermarkt.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram