Final Piala Malaysia: Senarai 18 Barang Larangan Ke Stadium
MakanBola
Vecteezy

Peminat Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuching City FC diingatkan agar tidak membawa barang terlarang menjelang aksi final Piala Malaysia.

Ini selepas Kuching City dan Malaysian Football League (MFL) menyiarkan senarai 18 barang yang tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke stadium untuk perlawanan tersebut.

Antara barang yang tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ialah kipas elektronik, rokok, suar, rokok elektronik, mercun, tongkat, topi keledar dan pengecas mudah alih.

Senarai 18 barang terlarang ini dibuat demi memastikan tiada insiden tidak diingini berlaku ketika perlawanan berlangsung di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Meskipun begitu, ada peminat yang mengeluh apabila kipas elektronik tersenarai dalam senarai barang terlarang tersebut. Ini kerana ada yang melihat kipas tersebut dapat menyejukkan badan mereka yang panas semasa perlawanan.

Penyokong turut diingatkan agar membawa tiket yang sah dengan setiap butiran tiket yang diberi tepat.

Mana-mana penyokong yang cuba memasuki TM Stadium Nasional, Bukit Jalil tanpa tiket yang sah bakal berdepan tindakan daripada pihak berkuasa.

JDT dan Kuching City bakal berentap di pentas final pada 23 Mei ini.