Firdaus Irman: Dengan Bakat Sedia Ada, Kita Boleh Pergi Jauh
Dunia
Youtube: FAMTV
Advertisements

Penjaga gol bawah 20 tahun negara, Muhammad Firdaus Irman Bin Mohd Fadhil kekal optimis untuk mara ke peringkat yang lebih tinggi dalam saingan kelayakan Piala Asia 2022, bawah 23 kelak.

Penjaga gol yang berusia 20 tahun ini menyatakan keterujaannya apabila bersama skuad kebangsaan dalam sesi latihan kali ini. Firdaus turut yakin dengan barisan pemain pilihan Brad Maloney yang diberi peluang untuk buktikan kemampuan masing-masing.

“Saya rasa lebih seronok dan lebih yakin untuk ke kem latihan kali ini. Saya rasa dalam kalangan pemain kita semua bagus-bagus. Kami disini dapat bersaing secara sihat.”

Advertisements

Prospek muda pasukan Selangor 2 ini turut menegaskan bahawa setiap pengalaman dan gaya latihan yang dipelajarinya ketika di kelab, akan diterapkan dalam kem latihan pusat kali ini.

Firdaus turut menyifatkan pemain-pemain yang sedia ada ini bakal membantu skuad negara untuk mara ke peringkat yang lebih tinggi.

“Dengan muka-muka baru dan beberapa muka lama yang ada, saya percaya dengan bakat mereka, kita boleh pergi jauh.”

Advertisements

Kem latihan pusat Fasa 1 ini telah disertai seramai 24 pemain keseluruhannya termasuk tiga pemain baharu yang dipanggil iaitu Azri Ab Ghani, Chia Ruo Han dan Alif Abdul Mutalib.

Beberapa pemain muda yang berpangkalan di Eropah seperti Luqman Hakim, Wan Kuzri dan V. Annil turut akan dipanggil untuk kem latihan pusat fasa 2 kelak.

Skuad kendalian Brad maloney turun menjalani latihan pertama mereka di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, pada petang rabu. Ia sebagai persiapan awal menjelang saingan Kumpulan J, pada 27 hingga 31 Oktober 2021 bagi kelayakan Piala Asia 2022, B-23.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram