Dunia
FK Jablonec
Advertisements

Pemain datang dan pergi sememangnya lumrah dalam dunia bola sepak. Itu yang terjadi kepada pemain bintang Harimau Malaya, Dion Cools. Selepas menamatkan kontrak bersama kelab gergasi Denmark, FC Midtjylland, beliau berhijrah ke Liga Republic Czech dengan menyertai FK Jablonec pada September tahun lalu.

Namun jodohnya bersama Jablonec tidak kekal lama apabila sebentar tadi, pihak kelab telah mengucapkan selamat tinggal kepada Cools.

Cools juga ada memuatnaik satu ‘instagram story’ dengan ucapan terima kasih kepada bekas kelabnya itu. Bersama Jablonec, Cools sempat beraksi dalam 10 perlawanan iaitu 8 perlawanan untuk Liga Czech dan dua perlawanan untuk Piala MOL Czech.

Advertisements
DIon cools 17 FK Jablonec Ucap Selamat Tinggal Kepada Dion Cools
Ucapan terima kasih Dion Cools buat FK Jablonec.

Sebelum ini, pelbagai desas-desus mengenai masa depan pemain kacukan Belgium-Malaysia ini. Pada Jun tahun lalu, pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail mendedahkan Cools akan menyertai JDT pada musim 2023.

Namun yang terkini, nama Cools dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi Thailand, Buriram United. Perkara tersebut telah dihebahkan oleh media bebas di Thailand sekitar bulan lalu. Sehingga kini, hala tuju Cools masih menjadi tanda tanya oleh rata-rata para peminat bola sepak tanah air.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram