Forestieri: Kerja Keras Bertahun, Rakyat Malaysia Harus Berterima Kasih Kepada TMJ
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim, Fernando Forestieri menzahirkan penghargaan kepada Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Idris atas usaha baginda membawa perubahan besar kepada industri bola sepak Malaysia.

Pemain yang berasal daripada Argentina itu menganggap rakyat Malaysia harus berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) kerana bagindalah individu yang banyak berkorban demi kemajuan bola sepak di Malaysia.

Ketika Forestieri memuat naik hantaran MakanBola di IG Story miliknya semalam, beliau berpendapat bahawa kerja keras TMJ membuahkan hasil apabila kejayaan JDT telah membantu menaikkan MA ranking Malaysia.

Advertisements

“Inilah hasilnya apabila kamu kerja keras bertahun-tahun. Industri bola sepak Malaysia perlu mengucapkan terima kasih kepada individu ini @hrhcrownprinceofjohor (TMJ),” tulis Forestieri.

Secara tidak langsung, selepas kecemerlangan Johor Darul Ta’zim di pentas ACL tempoh hari Malaysia kini berjaya merekodkan sebanyak 16.26 mata. Ini menjadikan Malaysia kini berada di kedudukan keempat Asia Timur dibelakang Jepun, Korea Selatan serta Hong Kong.

JDT bakal meneruskan cabaran di pusingan kalah mati menentang pasukan dari Jepun, Urawa Red Diamonds pada bulan Ogos kelak. Dikhabarkan perlawanan itu akan berlangsung samaada di Saitama Stadium atau Urawa Komaba Stadium.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram