Frank Lampard Bakal Kembali Kemudi Kelab EPL
EPL
franklampard
Advertisements

Baru-baru ini, kelab Norwich City telah membuat kejutan apabila mengumumkan pemecatan jurulatih mereka Daniel Farke selepas kemenangan menentang Brentford 2-1 pada aksi saingan Liga Perdana Inggeris yang lalu. 

Sejurus selepas kejadian itu, Norwich telah menyenaraikan tiga calon yang sesuai untuk dipertimbangkan bagi mengemudi pasukannya itu. Bekas jurulatih Chelsea, Frank Lampard merupakan salah satu antara tiga calon yang tersenarai.  

Untuk rekod, jurulatih berusia 43 tahun itu tidak mengemudi mana-mana kelab sejak Januari 2021. Namun, pencapaian yang dilakukan oleh Lampard ketika bersama Chelsea sebelum ini wajar diberi pujian. 

Advertisements

Antara pencapaian yang berjaya beliau kecapi adalah membawa pasukan Chelsea ke kelompok empat terbaik dalam carta EPL. Ketika itu, hanya berbekalkan pemain sedia ada dan juga pemain muda dari Akademi Chelsea itu sendiri. Malah, Lampard juga memimpin Chelsea ke Final Piala FA akan tetapi tewas tipis kepada Arsenal di Wembley Stadium

Menurut ciapan di Twitter Fabrizio Romano, Frank lampard telah mengadakan perbualan dengan pengurusan Norwich City namun sebarang keputusan belum dilakukan oleh Lampard kerana beliau masih dalam fasa berfikir kemana hala tuju beliau untuk mendatang. 

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram