Gara-Gara Terlalu Teruja, Pemain Ini Tersepak Kepala Rakannya Sekuat Hati
Hiburan
Twitter
Advertisements

Aksi yang tidak dapat dijangkakan ini menghiasi perlawanan bola sepak wanita apabila pemain ini telah tersepak kepala rakannya sekuat hati.

Tidak dapat dipastikan perlawanan ini melibatkan pasukan mana dan dari negara mana, namun video klip pendek yang dikongsikan di Twitter ini berjaya mendapat 8 juta tontonan.

Pemain berbaju merah itu cuba mengeluarkan bola dari zon bahaya namun kehadiran rakan sepasukannya yang jatuh berhampiran beliau menyebabkan pemain ini tersepak kepala rakannya sendiri.

Advertisements

Pemain yang disepak dilihat mengalami kesakitan dan memegang kepalanya namun tidak dapat dipastikan status kecederaan pemain berkenaan.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dari kalangan penonton dimana ada yang bersimpati terhadap situasi tersebut dan ada juga yang terhibur dengan aksi tersebut.

Advertisements

Malah mereka yang terhibur dengan aksi tersebut turut perasan kejadian itu berlaku seawal 37 saat perlawanan berlangsung.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram