Bintang Real Madrid dan Wales secara rasmi mengumumkan dirinya menyertai kelab Major League Soccer, Los Angeles menerusi satu hantaran Facebook.
Beliau yang sebelum ini meninggalkan Real Madrid selepas kontraknya tamat kini bakal mengikut jejak langkah David Beckham dan Frank Lampard yang sebelum ini turut beraksi di Major League Soccer (MLS).
Bersama Real Madird, Gareth Bale beraksi 176 perlawanan dan berjaya menjaringkan 81 gol sejak menyertai kelab berkenaan pada tahun 2013.
Bale turut kembali ke Tottenham secara pinjaman pada tahun 2020 selepas gagal memperoleh peluang beraksi bersama kesebelasan utama di Real Madrid.
Difahamkan, Gareth Bale mengikat kontrak jangka masa pendek bersama Los Angeles dan akan beraksi bersama kelab berkenaan selama 12 bulan.
Real Madrid sebelum ini dihemtam teruk oleh penyokong Real Madrid kerana memeram pemain berusia 32 tahun tersebut yang dianggap sebagai membazir masa dan wang ringgit kelab dengan tangga gaji antara tertinggi di dunia.