Garnacho Kantoi Hisap Vape?
EPL
Manchester United
Advertisements

Berikutan kecederaan yang dialami Alejandro Garnacho dalam perlawanan EPL menentang Southampton pada minggu lepas, dia terpaksa berehat selama sebulan. Bagaimanapun, gelagat pemain sayap Manchester United itu mencetuskan keributan di media sosial selepas penyokong United melihat vape di ruang tamunya.

Disebabkan kecederaannya, pemain sayap muda Argentina itu menonton perlawanan suku akhir The Emirates FA Cup United dan Fulham di ruang tamu rumahnya. Garnacho turut memuatnaik gambar ruang tamu rumahnya di Instagram.

Tetapi sebaik saja gambar berkenaan dimuatnaik, ada peminat United perasan sebuah vape di atas sofa bersama alat kawalan jauh televisyen. Ini mengakibatkan penyokong-penyokong Red Devils membidas bekas pemain akademi Atletico Madrid itu kerana tidak menjaga kesihatannya.

Advertisements

Menyedari apa yang berlaku, Garnacho kemudiannya memadamkan gambar tersebut. Bagaimanapun, itu tidak menghalang penyokong mengecam pemain tersebut dan meminta campur tangan pengurus United, Erik ten Hag bagi memastikan hal ini tidak berlarutan.

Setakat artikel ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi baik daripada pihak Red Devils mahupun Garnacho sendiri. Tetapi ramai penyokong percaya ten Hag akan menegur penyerang tersebut demi kebaikan kariernya untuk jangka masa panjang.

Advertisements

Garnacho merekodkan 15 penampilan liga musim ini dan menjulang Piala Carabao bersama United awal bulan ini. Sekiranya sempat pulih, pemain sayap Argentina itu diharap dapat membantu Red Devils memburu trofi Liga Europa dan The Emirates FA Cup bagi melengkapkan tiga kejuaraan musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram