Gary Tekad Balas Jasa Pasukan Sabah
Dunia
Sabah FC
Advertisements

Mengalami beberapa siri kecederaan jangka panjang sebelum ini, ianya ternyata tidak mematahkan semangat pemain Sabah FC, Gary Steven Robbat untuk kembali bangkit bersama pasukan Sang Badak.

Gary jelas sekali terhutang budi dengan pihak pengurusan Sabah yang menandatangani beliau walaupun beliau sangat sinonim dengan kecederaan.

“Walaupun banyak kecederaan yang saya alami, Sabah menerima saya dan saya bertekad untuk membalas kepercayaan mereka,” kata Gary.

Advertisements

“Saya telah diberi banyak peluang untuk bermain. Pasukan pasti boleh bergantung kepada saya. Jadi apa jua peluang yang saya dapat, saya berhasrat untuk memanfaatkannya sepenuhnya.

Menjelang aksi menentang Terengganu FC di Stadium Likas malam ini, Gary berpendapat pasukan dari pantai timur itu merupakan pasukan yang baik lebih-lebih lagi di bahagian tengah. Namun pasukan Sabah ada cara untuk merantai bahagian tengah Terengganu.

“Setiap perlawanan adalah perlawanan besar bagi saya. Apa yang penting bagi kami adalah berjuang sebagai satu pasukan.

Advertisements

“Kami akan keluar untuk mempamerkan komitmen yang sama menentang Terengganu. Mereka bagus di bahagian tengah, terutamanya Habib Haroon dan Manny Ott, yang mempamerkan aksi cemerlang dalam liga setakat ini. Tetapi, kami mempunyai rancangan untuk menumbangkan mereka.” jelas Gary kepada The Star.

Sabah kini berada di kedudukan kedua Liga Super dengan mengumpul 22 mata selepas mengharungi 11 perlawanan. Mereka dibezakan 6 mata dengan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram