Gelagat Akhyar Rashid Tumbang Berdepan Papua New Guinea Curi Perhatian
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Gelagat pemain sayap Harimau Malaya, Akhyar Rashid yang terbaring berdepan Papua New Guinea mencuri perhatian ramai.

Pemain berusia 24 tahun itu menjadi pilihan utama untuk mengemudi jentera serangan Malaysia bersama-sama Paulo Josue dan juga Safawi Rasid banyak memberi masalah kepada lawan.

Gerakan lincah pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) ini memaksa para pemain Kepulauan Solomon untuk melakukan bentesan dilakukan terhadapnya.

Advertisements

Akhyar berjaya menghadiahkan satu penalti kepada Harimau Malaya apabila larian derasnya untuk memasuki kotak penalti dibentes oleh pemain lawan namun kebijaksaan beliau memberikan kelebihan buat Malaysia.

Bekas pemain Kedah Darul Aman ini bagaimanapun turut mencuri perhatian apabila beliau dikasari ketika cuba melepasi kawalan pemain Papua New Guinea.

Advertisements

Beliau telah pun dijatuhkan oleh pemain lawan namun tatkala Akhyar mahu bangun, beliau seolah-olah ditahan oleh rakan sepasukan, Dominic Tan yang mahu beliau kekal terbaring.

Gelagat ini meraih perhatian para penyokong di media sosial yang memberi respon pelbagai terhadap usaha pemain ini membantu pasukan.

Advertisements

Malaysia mencatat kemenangan 10-0 ke atas Papua New Guinea dan meraih 4.20 mata untuk membawa pasukan melonjak ke tangga 136 dunia.

Klip: Akhyar Rashid tumbang dibentes lawan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram