Gelagat Faisal Halim Jadi Cikgu Matematik Curi Perhatian Netizen
Dunia
Muieyzz__
Advertisements

Gelagat bintang sensasi Terengganu FC, Muhammad Faisal bin Abdul Halim terus mencuri perhatian netizen apabila baru-baru ini, beliau menjadi cikgu matematik kepada seorang budak.

Rakaman yang tular di Tiktok itu menunjukkan Faisal sedang mengajar seorang budak di dalam kawasan halaman rumahnya. Faisal mengajar secara asas cara mudah untuk mengira dengan menggunakan jari.

Ketika itu, Faisal sedang membuat ‘Live’ di Tiktok dan siaran itu telah disaksikan lebih daripada 4.7 ribu penonton.

Advertisements

Pemain yang berusia 24 tahun itu juga sempat membuat satu ‘game’ dan hasil daripada permainan tersebut, kanak-kanak itu telah dihadiahkan sejumlah wang ringgit. Menurut Faisal, wang itu boleh dijadikan duit belanja harian di sekolah.

“Dapat 27 yar (Ringgit) hari ini, boleh buat belanja sekolah,” seloroh Faisal.

Advertisements

https://vt.tiktok.com/ZSRfHSxoT/

Peminat cilik dari Terengganu itu turut dihidangkan ayam KFC dan air ketika lepak bersantai bersama yang lain.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram