Gelanggang Padel Kemudahan Terbaru Pusat Latihan JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus berusaha meningkatkan taraf pusat latihan pasukan itu.

Terbaru, pengurusan Harimau Selatan memaklumkan gelanggang padel merupakan kemudahan terbaru Pusat Latihan JDT.

Secara ringkas, sukan padel ialah sukan raket yang menggabungkan elemen tenis dan skuash. Sukan ini diperkenalkan di Mexico pada 1969 sebelum dikenali di Sepanyol dan Argentina.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sukan padel mula mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia.

Kemudahan gelanggang ini dilihat memberi peluang kepada barisan pemain dan staf kejurulatihan JDT untuk beriadah semasa berada di Pusat Latihan JDT.

Pengenalan kemudahan terbaru ini dilihat usaha berterusan pengurusan JDT memastikan kebajikan para pemain dan staf kejurulatihan sentiasa terjaga.

Sebelum ini, JDT turut memperkenal ruang kantin baharu pada tahun 2025. Selain ruang makan, ruang tetamu kehormat (VVIP) dan surau, ia turut dilengkapi ruang makan luar.