Gelaran Juara Liga Super Dalam Genggaman Kedah, Sanusi Yakin Mampu Tewaskan JDT
Dunia
KDA FC
Advertisements

Dalam satu majlis memperkenalkan penaja dan rakan rasmi Kedah Darul Aman FC, presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yakin dan optimis pasukan Sang Kenari itu bakal menjuarai Liga Super untuk musim 2022.

“Kita punya sasaran sudah tentu untuk menewaskan JDT dan menjuarai carta Liga Super musim ini. Sebelum ini sedikit sukar kerana kekurangan dana yang dihadapi oleh pasukan.”

Sanusi menjelaskan KDA FC akan menggunakan nama Sang Kenari sebagai maskot pasukan selain slogan Pulun Kedah Pulun turut diangkat semula. Sanusi juga yakin dengan kerjasama daripada para pemain dan pihak pengurusan bakal memantapkan pasukan.

Advertisements

“Kita pada tahun ini KDA FC akan mengangkat semula mascott kita iaitu kenari jadi pasukan KDA FC akan gunakan Sang Kenari. Selain daripada Biar Jasa Jadi Kenangan, kita angkat semula slogan Pulun Kedah Pulun.”

“Saya rasa ini semua adalah adunan yang akan membangkitkan semangat pemain, penyokong dan pengurusan. Kita garapkan semua kekuatan yang ada di Kedah untuk kita letakkan dalam pasukan yang mantap.”

“InsyaAllah juara liga super tahun ini milik Kedah Darul Aman,” ujar Sanusi pada Majlis Memperkenalkan Penaja & Rakan Rasmi KDA FC.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram