Harimau Malaya

Ghani Hassan Buka Mulut Soal Gaji Bojan Hodak

Ghani Hassan Bojan Hodak 1 Ghani Hassan Buka Mulut Soal Gaji Bojan Hodak
MFL/FAM

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan akhirnya memberikan respons berhubung spekulasi gaji ketua jurulatih baharu Harimau Malaya, Bojan Hodak yang dipercayai mencecah RM205,000 sebulan.

Advertisement

Perkara itu dilaporkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menerusi satu perkongsian yang menyentuh mengenai kadar bayaran pengendali kelahiran Croatia itu.

Dalam responsnya, Ab Ghani memberikan gambaran bahawa terdapat had tertentu yang perlu dipatuhi dalam menentukan jumlah gaji yang ditawarkan kepada seseorang jurulatih.

“Ada had limit,” jelas beliau ketika mengulas mengenai spekulasi berkenaan.

Bagaimanapun, kenyataan ringkas itu tidak memperincikan jumlah sebenar yang diterima Bojan mahupun mengesahkan angka RM205,000 yang menjadi perhatian peminat bola sepak tempatan.

Untuk rekod, Bojan Hodak sebelum ini pernah bekerjasama dengan Ab Ghani ketika mengendalikan skuad Bawah 19 Tahun (B19) kebangsaan.

Kini, kedua-dua mereka kembali bergandingan selepas Bojan secara rasmi dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Harimau Malaya pada 24 November 2026.

Pelantikan tersebut menyaksikan Bojan kembali ke pentas bola sepak Malaysia dengan tanggungjawab besar untuk membimbing skuad kebangsaan dalam menghadapi cabaran antarabangsa akan datang.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...