Giancarlo Gallifuoco: Kami Lakukan Ini Untuk Malaysia
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Pemain pertahanan Kuala Lumpur City, Giancarlo Gallifuoco menyifatkan perlawanan akhir menentang Al-Seeb semalam adalah untuk semua penyokong dan Malaysia.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang hadir ke Bukit Jalil untuk memberikan sokongan dan semangat buat pasukan KL City. Ucapan itu dikongsikan oleh beliau di laman sosial Twitter miliknya semalam.

Pemain yang berusia 28 tahun itu mengakui pasukan telah berhabis-habisan mempamerkan aksi yang terbaik walaupun tiada rezeki untuk menewaskan pasukan Al-Seeb.

Advertisements

Beliau mengharapkan semua penyokong menghargai dan bangga dengan KL City kerana telah berjaya menjadi pasukan kedua yang pernah sampai sehingga ke tahap ini.

Untuk rekod, Gallifuoco pernah beraksi di kelab EPL iaitu Tottenham Hotspur dan Swansea City dari 2012-2015 serta beberapa kelas utama Liga Australia termasuk Melbourne Victory. Pada musim lalu, beliau juga telah membantu KL City menjulang Piala Malaysia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram