Giancarlo Gallifuoco: Satu Malaysia Tahu Kelebihan Faisal Halim
Dunia
@giange94
Advertisements

Dengan Selangor mahu bangkit selepas dimalukan Johor Darul Ta’zim (JDT) 4-0, Giancarlo Gallifuoco tahu malam ini merupakan perlawanan sukar untuk pasukannya, KL City. Dan bek tengah Australia itu tahu kelibat Faisal Halim bakal menjadi fokus barisan pertahanan City Boys.

Selepas berjaya menamatkan kemarau jaringannya dalam perlawanan persahabatan Malaysia menentang Hong Kong beberapa hari lepas, bekas pemain sayap Terengganu itu sudah pasti mahu meneruskannya di peringkat Liga Super.

Mengakui status Faisal sebagai seorang pemain yang hebat, Gallifuoco tahu barisan pertahanan KL City perlu bekerja keras sekiranya mahu meraih kemenangan malam ini ke atas musuh ketat mereka itu.

Advertisements

“Saya fikir seluruh Malaysia tahu kelebihan Mickey (Faisal Halim). Dia seorang pemain yang hebat, seorang individu yang bagus. Saya gembira untuknya di luar padang tapi saya harap pada Jumaat ini, dia tak menunjukkan prestasi baik. Tetapi dia semestinya antara pemain yang patut diperhatikan,” katanya berseloroh kepada Astro Arena semalam.

Gallifuoco yang pernah beraksi dengan Melbourne Victory berpandangan Faisal bukan satu-satunya pemain yang perlu diperhatikan KL City. Ini kerana Selangor dibarisi ramai pemain hebat dan bertaraf pemain kebangsaan termasuk kapten Brendan Gan.

Advertisements

Justeru, para pemain City Boys perlu memberi fokus yang tinggi dalam perlawanan malam ini bagi mengakhiri penantian kemenangan pertama mereka. Jika tidak, mereka bakal melalui 90 minit yang sukar dengan Gergasi Merah juga menginginkan kemenangan.

“Selangor mempunyai ramai pemain hebat dan mereka diketuai Brendan Gan, seorang lagi pemain hebat. (Dia) merupakan jantung kepada pasukan dan mereka mempunyai ramai pemain bagus.

Advertisements

“Dan sejujurnya kita perlu perhatikan semua pemain untuk pastikan kita fokus 150%. Dan di KL (City), kami sentiasa diingatkan selagi mana kita fokus dengan pelan (perlawanan) dan apa yang kita lakukan, itu yang paling penting,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram