Giliran Kedudukan Jurulatih Singapura Bakal Tergugat
Asia Tenggara
FA Singapore
Advertisements

Selepas Thailand, giliran jiran Malaysia di seberang Tambak Johor iaitu Singapura pula merasai perubahan dari segi kejurulatihan.

Perubahan ini bakal dibuat selepas Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) kurang berpuas hati dengan prestasi The Lions di bawah bimbingan Takayuki Nishigaya untuk tahun 2023.

Ini termasuk dua kekalahan yang dialami Singapura dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 yang berlangsung pada November lalu.

Advertisements

Sejak dipilih sebagai jurulatih The Lions menggantikan rakan senegara Tatsumi Yoshida, Nishigaya memimpin Singapura sebanyak 21 perlawanan.

Dalam tempoh tersebut, mereka meraih lapan kemenangan, lima seri dan lapan kekalahan. Selain isu prestasi, ketidakfasihan Nishigaya berbahasa Inggeris turut didakwa sebagai punca kemerosotan Singapura.

Advertisements

Lantas, The Straits Times melaporkan beberapa nama dikaitkan dengan jawatan jurulatih Singapura sekiranya khidmat Nishigaya dilepaskan oleh FAS.

Antaranya ialah Park Hang-seo, Kazuaki Yoshinaga, Alex Weaver, Tsutomu Ogura dan Paul Ince. Bagaimanapun, isu gaji dijangka menyukarkan FAS untuk membawa masuk bekas jurulatih Vietnam itu sebagai pengendali baru The Lions.

Advertisements

Dan terbaru, wartawan sukan The Straits Times, Deepanraj Ganesan mendedahkan FAS dilaporkan mahu Ogura untuk menggantikan Nishigaya.

Jurulatih berusia 57 tahun itu merupakan penolong jurulatih Jepun dari tahun 2006 hingga 2010.

Advertisements

Ogura kemudiannya dilantik sebagai penolong jurulatih skuad bola sepak Olimpik Jepun dan membantu mereka meraih tempat keempat dalam temasya Sukan Olimpik 2012.

Sekiranya perlantikan ini direalisasikan, beliau bakal berdepan tugas sukar pada Mac tahun hadapan. Ini kerana pada 21 dan 26 Mac 2024, The Lions bakal berdepan China sebanyak dua kali.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram