Advertising
Giorgio Rossi Sah Tinggalkan MFL
MakanBola
MFL

Giorgio Rossi sah tidak lagi menggalas peranan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL).

Ini selepas MFL mengesahkan bahawa bekas delegasi La Liga ke Asia Tenggara itu tidak lagi bersama badan pengendali Liga Malaysia (Liga M) itu.

Ad

“MFL hari ini mengesahkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif, Giorgio Pompili Rossi tidak lagi bersama MFL. Kedua-dua pihak kini dalam proses perbincangan untuk tindakan seterusnya,” kata MFL dalam satu kenyataan.

Ad

Susulan itu, MFL mengumumkan operasi sekretariat badan induk itu akan diketuai Ketua Pegawai Operasi (COO) MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd.

Rossi sebelum ini dibawa masuk sebagai pengganti CEO sebelumnya, Datuk Stuart Ramalingam. Ini selepas kontrak Stuart berakhir pada 31 Ogos 2024.

Ad

Ini menjadikan beliau sebagai CEO MFL pertama yang berasal dari luar negara.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments