Jaringan Bintang Filipina Bantu VFL Bochum Atasi Bayern Munich

Gol tan Jaringan Bintang Filipina Bantu VFL Bochum Atasi Bayern Munich
Foto: Bundesliga
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Persembahan memukau yang ditampilkan oleh pemain sayap pasukan VFL Bochum, Gerrit Holtmann membantu pasukannya untuk mencipta kejutan setelah menumpaskan juara bertahan, Bayern Munich semalam.

Pemain kelahiran Filipina-Jerman itu menjadi watak penting apabila gerakan lincah beliau sering memberi masalah kepada barisan pertahanan Bayern terutamanya Benjamin Pavard.

Advertisements

Hal ini ternyata membuahkan hasil apabila 4 gol yang dijaringkan dalam tempoh 44 minit dalam separuh masa pertama sudah cukup untuk memberi kehampaan kepada pasukan kendalian Jugen Nagelsmann.

Ini terbukti apabila gandingan tiga serangkai Bochum yang diketuai oleh Jurgen Locadia, Christopher Antwi-Adjei dan juga Gerrit Holtmann membuatkan Bayern seakan hilang arah dalam perlawanan tersebut.

Advertisements

Ketiga-tiga pemain ini juga berjaya menempah nama selaku penjaring apabila masing-masing meledak satu gol dalam aksi ke-22 pada musim ini.

Gol pemain berusia 26 tahun ini terhasil apabila gerakan yang direncakan dari bahagian kiri padang berjaya melepasi halangan pertahanan Bayern sebelum beliau melepaskan satu sepakan cantik dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol lawan.

Advertisements

Kini, VFL Bochum berjaya memperbaiki kedudukan dalam liga apabila naik ke tangga ke-11 sementara kedudukan Bayern tidak terjejas yang sudah pun selesa mendahului perebutan saingan kali ini.

YouTube: Bundesliga