Pertembungan malam ini menyaksikan Malaysia berjaya meneruskan rekod tanpa kalah menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Meskipun, berjaya membawa bekalan satu gol. Berdasarkan permerhatian, gol kedua buat Malaysia tidak sepatutnya dibatalkan.
Hal ini kerana apabila melihat insiden gambar dan beberapa keratan video, difahamkan penjaga gol Thailand yang berlaga sendiri ketika perebutan bola di udara.
Mungkin pandangan dari sudut pengadil melihat ada sikuan yang menyebabkan ‘foul’ sekaligus menyebabkan pengagil membatalkan jaringan kedua Malaysia.
Mengikut statistik perlawanan, Thailand berjaya menguasai 70 peratus permainan dengan 18 percubaan. Namun, tetap gagal untuk menjaringkan sebarang gol.
Perlawanan kedua bagi aksi separuh akhir menentang Malaysia dijadualkan pada hari Selasa ini jam 8:30 malam yang akan berlangsung di Stadium Thammasat.