Gol Luqman Hakim Bantu KV Kortrijk Tewaskan Mandel United
Dunia
Instagram: @kvkortrijknieuws
Advertisements

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin akhirnya kembali menemui rentak berbisa selepas berjaya menjaringkan gol penting buat pasukan.

Perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium Guldensporen menyaksikan KV Kortrijk berjaya meraih kemenangan keatas Mandel United.

Luqman yang turun di bahagian serangan telah mempamerkan aksi cemerlang dan memainkan peranan dengan sangat baik setelah digandingkan bersama rakan sepasukan. 

Advertisements

Menurut info daripada KV Kortrjik Malaysia, gol pertama perlawanan diledak rakannya, Luca Foubert sebelum Luqman mengesahkan kemenangan buat KV Kortrjik mengatasi Mandel United, 2-1 apabila mencatat nama sebagai penjaring.

KV Kortrjik kini berada dalam kedudukan ke-14 liga setelah satu perlawanan. Pada Ahad lepas, KV Kortjik terpaksa berputih mata, tewas keatas Leuven FC, 2-0. 

Perlawanan seterusnya merupakan peluang terbaik buat Luqman untuk terus membuktikan kemampuan jika diturunkan ketika pertemuan menentang RFC Seraing. Perlawanan tersebut bakal diadakan pada 1 Ogos, Isnin depan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram