Gol Menakjubkan Pereira Dikaitkan Dengan Lagenda Manchester United
EPL
Advertisements

Pemain tengah berusia 25 tahun iaitu Andres Pereira baru-baru ini telah menjaringkan gol voli dari luar kotak penalti ketika perlawanan persahabatan pra-musim Manchester United bertemu Brentford. 

Manchester United membuka jaringan terlebih dahulu melalui A.Elanga yang menerima hantaran kemas dari luar kotak penalti oleh Wan-Bissaka pada minit ke-12. Beberapa minit selepas itu, Brentford menyamakan kedudukan hasil sepakan daripada Baptiste dari luar kotak penalti.

Menjelang aksi separuh masa kedua, sepakan deras hasil “counter attack” pasukan tuan rumah yang dilakukan oleh Lingard berjaya ditepis oleh penjaga gol Brentford. Namun, tandukan kurang kemas yang dilakukan pertahanan Brentford, Ethan Pinnock memberi padah apabila bola itu mendarat tepat di hadapan pemain tengah, Manchester United, Andres Pereira. Pereira tidak mensiakan peluang itu sekaligus melakukan sepakan “first touch volley” yang sempurna lalu menghasilkan gol.

Advertisements

Namun, Brentford sekali lagi berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui Bryan Mbeumo untuk memastikan pasukannya berjaya mengikat Manchester United. Pasukan Ole Gunnar Solskjaer itu sekadar berjaya mendapat keputusan seri 2-2 di Old Trafford.

Menurut ciapan di twitter, jaringan gol yang dijaringkan pemain kelahiran Brazil itu menjadi bualan ramai peminat Manchester United kerana jaringan yang dihasilkan oleh Pereira itu persis Paul Scholes ketika menentang Aston Villa pada tahun 2006

https://twitter.com/AOMU187886/status/1420505778134335488

 “Saya rasa itu adalah gol terbaik saya,” Pereira berkata di MUTV sejurus tamat perlawanan.

Advertisements

Menurut statistik, setakat ini pemain kelahiran Brazil itu berjaya membuat sebanyak 45 penampilan selama bersama Manchester United, menjaringkan tujuh gol dan dan enam bantuan gol. 

Sebelum ini, Pereira dipinjamkan ke Lazio untuk bermain di saingan Serie A pada musim 20/21. Beliau hanya berjaya membantu Lazio dengan mencetak sebanyak satu jaringan setakat 33 penampilan. Dia juga mengaku ingin kembali ke Itali musim depan, tetapi keputusannya belum dapat dibuat mengenai masa depannya. Jika Pereira konsisten mempamerkan aksi terbaik, tidak mustahil beliau akan mendapat kepercayaan pengurus seterusnya berada di dalam perancangan Ole Gunnar Solskjaer pada musim hadapan.

Pasukan Manchester United akan meneruskan kempen pra musim mereka selepas ini untuk beraksi bertemu Preston pada 31 Julai di Old Trafford nanti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram