Gol Pertama Bersama Skuad Senior JDT Hiasi Debut Daryl Sham

daryl sham Gol Pertama Bersama Skuad Senior JDT Hiasi Debut Daryl Sham
Johor Southerns Tiger
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Malam yang berharga buat produk Akademi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Daryl Sham apabila beliau melakukan debut pertamanya bersama skuad utama JDT dalam perlawanan Piala FA menentang BRM FC semalam. Malah Daryl Sham turut meraih gol pertamanya sewaktu turun sebagai pemain gantian.

Pemain yang baru berusia 19 tahun ini terus membalas kepercayaan jurulatih Benjamin Mora apabila mudah memanfaatkan situasi kucar-kacir dalam kotak penalti lawan untuk menjaringkan gol pertamanya pada minit ke-82 perlawanan.

Daryl Sham yang turut merupakan pemain utama pasukan JDT II dalam saingan Liga Premier mula dicanang-canang sebagai pelapis bahagian serangan JDT kelak apabila menampilkan prestasi cemerlang bersama JDT II musim lalu. Daryl Sham yang merupakan pemain berdarah Malaysia-Filipina mampu bermain di bahagian serangan dan tengah pasukan.

Menentang BRM FC yang merupakan kelab dari Liga M3, JDT turut menampilkan beberapa pemain muda seperti Shio Hong Wan dan Ramadhan Saifullah. JDT mudah meraih kemenangan besar 10-0 ke atas BRM FC.